STUMART MANAGEMENT CONSULTANT telah didaftarkan pada 21 November 1998 dan mula membentuk satu perniagaan yang melibatkan bidang perunding teknikal.
Perniagaan ini merupakan perniagaan perkongsian dan 100% bumiputera dari segi pentadbiran.
Perniagaan ini berkeyakinan bahawa dengan
adanya pengalaman dan kepakaran pemilik perniagaan ini, maka ianya dapat mencapai matlamat untuk melahirkan sumber manusia
yang berkemahiran dan separuh mahir dalam bidang yang disediakan. Dengan adanya tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam
bidang masing-masing, kami yakin dapat mengeluarkan sumber manusia yang dapat mencapai
standard yang diperlukan di pasaran pekerjaan.
Stumart Management Consultant akan menjadikan
perniagaan perundingan ini, khususnya dalam bidang teknikal ke tahap yang dikenali dan diperakui dapat melahirkan sumber manusia yang berkualiti.
Pada masa kini,
pihak SMC telah membantu melebihi 2000 peserta mendapatkan Perakuan Kekompetenan dari pelbagai kategori peperiksaan yang di
kendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Stumart Management
Consultant juga banyak mendapat penyertaan tajaan majikan dari industri di sekitar Prai, Bayan Lepas, Kulim Hi Tech, Sungai
Petani dan lain- lain tempat. Antara industri yang aktif berurusan dengan pihak SMC iaitu Intel, Toyo Memory, B.Braun, Kobe,
Toray dan sebagainya.
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN
Di
antara perkhidmatan
perundingan yang
ditawarkan oleh
Stumart Management Consultant adalah :
·
Chargeman AO — B4
• Wireman Single Phase / Nil
• Basic Electrical Level 1, 2, 3
• Programmable Logic Controller (PLC)
• Industrial Electronics
• Air Conditioning